Pages

Friday, March 19, 2010

XPDC Gunung Nuang, Janda Baik, Pahang

KCS Club membuka tirai tahun 2010 dengan menghantar 2 orang wakil untuk menyahut cabaran Outdoor Quest mendaki Gunung Nuang yang terletak di Janda Baik, Pahang. Mereka ialah Fizrie dan Suhaimi. Dengan semangat Together As One, XPDC yang di ketuai oleh Ahwan telah berjaya sampai ke puncak Gunung Nuang dengan jayanya. XPDC kali ni juga menghimpunkan orang lama dan baru di dalam aktiviti mendaki gunung.




Kelihatan riak wajah sebahagian peserta yang berseri-seri kerana sudah tidak sabar untuk menguji kekuatan mental dan fizikal untuk mendaki gunung. Tidak kurang juga ada peserta yang hendak menguji kasut mendaki yang baru, lampu suluh baru, beg galas baru dan sebagainya. Semuanya terjawab setelah pendakian selesai. Selain itu, kumpulan kali ini turut disertai oleh Group dari Raub, Pahang.



Kabus dan angin sejuk mula terasa. Beberapa kumpulan dari daerah lain juga telah sampai di puncak Gunung Nuang. Setelah bergambar sakan, memasak air dan makanan termasuk maggi dan bubur segera, peserta mula turun ke pengkalan iaitu Zaini Guest House. Semua peserta tiba dengan selamat walaupun ada juga yang mengalami kecederaan ringan seperti sakit kaki dan lutut dan tidak kurang juga beberapa pasang kasut yang terkorban semasa perjalanan.

Selain mendaki gunung, XPDC kali ni turut melaksanakan CSR di sekolah tahfiz berhampiran. XPDC kali ini berjaya. Terima kasih kepada kedua-dua Guide yang bertungkus lumus membantu sehingga semuanya selamat mendaki dan selamat turun. Selepas ini ada lagi aktiviti yang akan dijalankan. Tunggu ceritanya....